CARI DUIT DAPAT DUIT CARI ALASAN DAPAT ALASAN

22.2.10

40 INSAN TERKAYA DI MALAYSIA anda bila lagi...

Siapa 40 insan terkaya di Malaysia?
(Sumber dari Majalah Malaysian Business 16.02.2010)

TOP 10
1.Robert Kuok (KUOK GROUP)
2.Ananda Krishnan (USAHA TEGAS SDN BHD)
3.Lee Shin Cheng (IOI CORP.BHD)
4.Teh Hong Piow (PUBLIC BANK BHD)
5.Lim Kok Thay (GENTING GROUP)
6.Quek Leng Chan (HONG LEONG GROUP)
7.Syed Mokhtar Albukhary (AL-BUKHARI FOUNDATION)
8.Lee Kim Hua (GENTING GROUP)
9.Tiong Hiew King (RIMBUNAN HIJAU BHD)
10.Vincent Tan (BERJAYA GROUP)

seterusnya...
di post yang akan datang
jumpa lagi
bye

2.2.10

Nak Cari Wang perlu ada DUIT!!!!!

Hai
Apakhabar semua pengunjung jutawancorner? Ceria dan happy selalu pastinya....
Lama saya tak post kat sini.
Okay seorang usahawan berjaya ada memberitahu saya tentang tip-tip nak jadi kaya seterusnya jadi jutawan.Kalau tak pun jadi hartawan atau ribuan...asal jangan dikejar tebuan...

Usahawan tu pesan kat saya kalau nak cari wang kita perlu ada DUIT. Pening juga saya mendengarnya...bukankah wang dan duit tu sama je....
Eh jangan-jangan duit kopi untuk dapat job dari pihak tertentu....habislah kena ngap dengan SPRM nanti...
Bukan begitu...bak kata AR Badul.... jangan monyet....jangan rasuah nanti negara musnah...

Katanya lagi DUIT yang dimaksudkan ialah gabungan empat perkataan berikut:-

D =Doa
U =Usaha
I =Ikhtiar
T =Tawakal

4 perkara tersebut jika kita laksanakan dengan niat mencari rezeki insyaallah kita beroleh kejayaan...mudah-mudahan.

Belum cuba belum tahu.....
GAGAL SETELAH MENCUBA LEBIH BAIK DARI GAGAL UNTUK MENCUBA

Anda semua bolehlah mencuba...Ingat nak cari wang perlu ada DUIT.....

Jumpa lagi

19.1.10

KERETA INI IMPIAN SETIAP JUTAWAN

Anda minat foto ni?
Klik pada foto untuk wall paper anda.
Free dari koleksi jutawanmuda

30.12.09

LIHATLAH DUNIA



...............................................................................

UNTUK MENJADI JUTAWAN ANDA PERLU BIJAK MELIHAT PELUANG DI DEPAN MATA
LIHATLAH



28.12.09

SELAMAT TAHUN BARU 2010

Jutawancorner mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 kepada semua pengunjung.Semoga tahun 2010 akan memberi semangat dan kejayaan ke arah mencapai impian anda menjadi jutawan.



Jutawancorner

24.12.09

APA ITU JUTAWAN

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang yang normal.Walaupun ada yang mengatakan harta dunia tak di bawa mati tetapi harta itu penting untuk kita meneruskan survival hidup di dunia ini.Selain survival peribadi dan keluarga, kekayaan merupakan perkara penting untuk kita meneruskan survival bangsa dan agama kita.Bukankah kemiskinan itu membawa kepada kekufuran.
perbincangan saya kali ini ialah Apa Itu Jutawan?Penulis blog ini ketika ini masih belum menjadi jutawan tetapi sedang berusaha ke arah itu.Mudah-mudahan tercapai.Yang penting kita berusaha dan mencuba.Jangan gagal mencuba!
Jutawan.
Satu perkataan terdiri dari tujuh huruf rumi.Makna mudahnya ialah seseorang yang memiliki aset yang nilainya melebihi RM 999,999.99. Aset yang dimaksugkan meliputi segala bentuk aset samada aset tetap seperti tanah, bangunan, rumah kedai dan juga aset semasa seperti wang tunai ditangan, wang tunai di dalam simpanan bank,ASB dan juga siberhutang.Walau bagaimanapun saya berpendapat jutawan bermakna mereka yang nila aset bersihnya melebihi RM 999,999.99 iaitu segala aset di tolak dengan segala hutang piutangnya.
Rasanya ramai di kalangan kita telah bertaraf jutawan atau setidak-tidaknya separuh jutawan atau suku jutawan.
Cuba tuan-puan kira aset bersih tuan-puan? Barulah anda tahu samada anda dah jadi jutawan atau belum.
Kalau dah jadi baguslah.Semoga banyakkan kerja-kerja amal dengan limpahan aset anda agar reszeki sentiasa bertambah. Bagi yang belum jadi jutawan tetapkan tekad anda dan kita bincang di post akan datang Bagaimana Menjadi Jutawan..........
Jumpa lagi

15.12.09

MENJADI JUTAWAN: SUATU IMPIAN ATAU ANGAN-ANGAN

Hai
Apakhabar semua
Bertemu lagi di jutawan corner.
Semoga anda ceria dan sihat sentiasa.
Hari ni saya nak bincang tentang impian dan angan-angan menjadi jutawan.Saya pasti hampir keseluruhan dari anda pengunjung blog ini ingin menjadi jutawan. Ramai yang kata KALAULAH aku jadi jutawan......aku nak beli kereta mewah......beli rumah besar.......beli shoplot........derma kat rumah anak yatim.......derma mesjid...........derma kat sekolah agama...........nak itu ,nak ini dan sebagainya. Impian tersebut adalah perkara biasa dan suatu yang normal kepada anda semua. Dari 1000 orang yang berfikir KALAULAH........... mungkin 1 sahaja yang berjaya menjadi jutawan atau mungkin kurang lagi dari segi peratusannya. Ramai yang terus di lamun angan-angan dari impian menjadi jutawan.
Bagaimana untuk menjadi jutawan?
Kenapa kita gagal menjadi jutawan?
Apakah langkah-langkah yang perlu kita atur untuk menjadi jutawan?
Itu merupakan 3 perkara pokok yang perlu dirungkai dan dihuraikan serta dibincangkan agar impian menjadi jutawan tidak tinggal sebagai angan-angan.
Kita akan bincangkan isu ini pada post yang akan datang dan selalulah ke sini untuk info selanjutnya.
Jumpa lagi