CARI DUIT DAPAT DUIT CARI ALASAN DAPAT ALASAN

24.12.09

APA ITU JUTAWAN

Menjadi jutawan adalah impian setiap orang yang normal.Walaupun ada yang mengatakan harta dunia tak di bawa mati tetapi harta itu penting untuk kita meneruskan survival hidup di dunia ini.Selain survival peribadi dan keluarga, kekayaan merupakan perkara penting untuk kita meneruskan survival bangsa dan agama kita.Bukankah kemiskinan itu membawa kepada kekufuran.
perbincangan saya kali ini ialah Apa Itu Jutawan?Penulis blog ini ketika ini masih belum menjadi jutawan tetapi sedang berusaha ke arah itu.Mudah-mudahan tercapai.Yang penting kita berusaha dan mencuba.Jangan gagal mencuba!
Jutawan.
Satu perkataan terdiri dari tujuh huruf rumi.Makna mudahnya ialah seseorang yang memiliki aset yang nilainya melebihi RM 999,999.99. Aset yang dimaksugkan meliputi segala bentuk aset samada aset tetap seperti tanah, bangunan, rumah kedai dan juga aset semasa seperti wang tunai ditangan, wang tunai di dalam simpanan bank,ASB dan juga siberhutang.Walau bagaimanapun saya berpendapat jutawan bermakna mereka yang nila aset bersihnya melebihi RM 999,999.99 iaitu segala aset di tolak dengan segala hutang piutangnya.
Rasanya ramai di kalangan kita telah bertaraf jutawan atau setidak-tidaknya separuh jutawan atau suku jutawan.
Cuba tuan-puan kira aset bersih tuan-puan? Barulah anda tahu samada anda dah jadi jutawan atau belum.
Kalau dah jadi baguslah.Semoga banyakkan kerja-kerja amal dengan limpahan aset anda agar reszeki sentiasa bertambah. Bagi yang belum jadi jutawan tetapkan tekad anda dan kita bincang di post akan datang Bagaimana Menjadi Jutawan..........
Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment