CARI DUIT DAPAT DUIT CARI ALASAN DAPAT ALASAN

15.12.09

MENJADI JUTAWAN: SUATU IMPIAN ATAU ANGAN-ANGAN

Hai
Apakhabar semua
Bertemu lagi di jutawan corner.
Semoga anda ceria dan sihat sentiasa.
Hari ni saya nak bincang tentang impian dan angan-angan menjadi jutawan.Saya pasti hampir keseluruhan dari anda pengunjung blog ini ingin menjadi jutawan. Ramai yang kata KALAULAH aku jadi jutawan......aku nak beli kereta mewah......beli rumah besar.......beli shoplot........derma kat rumah anak yatim.......derma mesjid...........derma kat sekolah agama...........nak itu ,nak ini dan sebagainya. Impian tersebut adalah perkara biasa dan suatu yang normal kepada anda semua. Dari 1000 orang yang berfikir KALAULAH........... mungkin 1 sahaja yang berjaya menjadi jutawan atau mungkin kurang lagi dari segi peratusannya. Ramai yang terus di lamun angan-angan dari impian menjadi jutawan.
Bagaimana untuk menjadi jutawan?
Kenapa kita gagal menjadi jutawan?
Apakah langkah-langkah yang perlu kita atur untuk menjadi jutawan?
Itu merupakan 3 perkara pokok yang perlu dirungkai dan dihuraikan serta dibincangkan agar impian menjadi jutawan tidak tinggal sebagai angan-angan.
Kita akan bincangkan isu ini pada post yang akan datang dan selalulah ke sini untuk info selanjutnya.
Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment